Selepas tamat perlawanan ke 3 (Indonesia perlawanan ke 4) dalam pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022, Thailand membuktikan bahawa mereka masih berada dalam kelas tersendiri apabila menerajui pasukan dalam kumpulan G.

Skuad kendalian jurulatih dari Jepun, Akira Nishino itu telah memungut 7 mata secara keseluruhan dari 3 perlawanan diikuti rapat oleh seteru utama ASEAN iaitu pasukan Vietnam juga dengan kutipan 7 mata dan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan gol.

Pasukan UAE pula turun ke tangga ke 3 kumpulan G selepas mengalami kekalahan pertama mereka kepada Thailand sebentar tadi dengan jaringan 1-2, mengumpul 6 mata hasil 2 kemenangan sebelum ini.

72570636_2728498733881482_5432506392416092160_n
Kedudukan pasukan dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Bagi pasukan Malaysia pula, kemenangan tunggal keatas Indonesia pada perlawanan pertama membolehkan kita mengumpul 3 mata setakat ini dikedudukan ke 4 kumpulan.

Malaysia akan bertemu Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad garuda pula gagal mengutip sebarang mata selepas beraksi dalam 4 perlawanan dan kekal berada dikedudukan tercorot kumpulan G.

Baca juga artikel lain yang padu berkaitan perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunai 2022 dan Piala Asia 2023.

Teerasil Dangda Buktikan Masih Berbisa, Thailand Tumbangkan UAE 2-1 Di Bangkok

3 Mata Penuh Buat Vietnam Di Bali, Garuda Terus Kekal Tanpa Sebarang Mata

Tan Cheng Hoe Terbang Ke Bangkok Intip Kekuatan Thailand