Pemain muda skuad Fulham FC, Benjamin Davis telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan bawah 23 tahun Thailand bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Filipina yang akan bermula pada bulan November ini.

Beliau yang berdarah kacukan Thailand dan England merupakan satu-satunya pemain dari kelab luar negara berada dalam senarai 28 pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat dibawah kendalian Akira Nishino.

Selain Sukan SEA, skuad ini turut dipersiapkan untuk menghadapi Kejohanan AFC B-23 di Bangkok pada bulan Januari tahun depan.

Pemain yang berusia 18 tahun ini dilahirkan di Phuket, Thailand tetapi dibesarkan di Singapura sejak berumur 5 tahun. 4 tahun kemudian, beliau mendapat status warganegara Singapura dan pernah menyertai skuad kebangsaan bawah 16 dan 19 tahun negara itu.

Pada bulan Mac 2018, Davis mendapat panggilan pertama untuk menyertai skuad senior Singapura untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Maldives dan Taiwan. Bagaimanapun, beliau tidak beraksi dalam dua perlawanan tersebut.

20180716_bendavis1_fas
Ben Davis ketika menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Singapura. FOTO: FAS

Tahun lepas, beliau terpaksa melepaskan taraf warganegara Singapura kerana gagal mendapat pengecualian daripada pihak Kementerian Pertahanan Singapura untuk menjalani program khidmat negara.

Hal ini kerana beliau sudah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Fulham FC dan program khidmat negara itu akan menjejaskan peluangnya untuk beraksi dalam saingan Liga England.

Dengan perlepasan taraf warganegara Singapura, Davis kini layak untuk menyertai skuad kebangsaan Thailand berdasarkan status tempat kelahirannya

Davis melakukan penampilan pertama bersama skuad utama Fulham pada bulan Ogos lepas dalam saingan Piala Liga dimana mereka tewas 0-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton FC.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad kebangsaan Thailand.

Akira Nishino: Thailand Tidak Akan Daftarkan Pemain Senior Dalam Skuad Sukan SEA 2019

Elias Dolah Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Thailand

Thailand Dijangka Atur Perlawanan Persahabatan Bertemu Pasukan Ke-90 FIFA Ranking, Republik Congo

Sumber