Berdasarkan kedudukan terbaharu ranking AFC MA yang baru dikemaskini oleh pihak AFC semalam, Thailand berjaya berada ditempat ke 4 AFC MA bagi Asia Timur.

Dengan kedudukan tersebut, membolehkan pasukan kelab bola sepak Thailand menerima slot 2+2 seperti yang telah diperuntukan oleh pihak AFC dalam saingan AFC Champions League musim 2021.

Ketika ini Thailand hanya menerima slot 1+2 dan dengan peningkatan slot yang diterima mulai musim 2021, 2 pasukan kelab Thailand akan layak secara automatik ke peringkat kumpulan kejohanan AFC Champions League, manakala baki 2 pasukan lagi aku berada dalam pusingan kelayakan play-off.

c1_1785649_191103071534

Ini bermakna juara saingan Thai League 1 musim 2020 dan juara Thai FA Cup 2020 akan menerima slot diperingkat kumpulan kejohanan AFC Champions League, manakala naib juara dan tempat ke 3 Thai League 1 akan beraksi dalam pusingan kelayakan Play-Off.

Untuk Malaysia pula, selaras dengan langkah AFC menambah bilangan pasukan yang bertanding pada edisi 2021 nanti, MA yang berada di ranking ke 7 hingga 10 akan menerima slot 1+0 dimana hanya 1 pasukan layak secara automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League dan tiada slot play-off.

Bagi MA yang berada dalam kategori ini, mereka akan turut memiliki slot automatik dalam peringkat kumpulan saingan AFC Cup 2021.

74977641_2486666361453291_9217213642162831360_o-800×533

Berkemungkinan besar, juara Liga Super 2020 menerima slot AFC Champions League manakala juara Piala FA dan naib juara Liga Super akan beraksi dalam saingan AFC Cup.

Untuk maklumat penuh mengenai butiran slot dalam kejohanan itu, kita perlu menunggu kenyataan rasmi dari pihak AFC dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untik anda sebagai rujukan.

Malaysia Bakal Terima 1 Slot Automatik Peringkat Kumpulan AFC Champions League Mulai Musim 2021

Buriram United Terpaksa Terima Hakikat Beraksi Dipusingan Kelayakan ‘Play-Off’ AFC Champions League 2020

Tindakan Justin Baas Kepada Pemain Malaysia Sejurus Tamat Perlawanan Ini Dilihat Sebagai Kurang Ajar.