Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) pernah membuat satu jemputan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) untuk menyertai 1 kejohanan di Mumbai – Hero Intercontinental Cup 2018 sebagai persiapan pasukan menjelang kejohanan Piala Asia 2019.

Namun, jemputan dari pihak AIFF itu telah ditolak oleh FAT melalui presidennya – Somyot Poompunmuang, dan Thailand sebaliknya telah memilih pasukan China untuk perlawanan persahabatan yang diadakan pada 2 Jun 2018.

India dan China pada ketika itu menyatakan minat untuk bertemu Thailand. Sekitar awal Jun 2018 India berada dikedudukan 97 manakala China pula dikedudukan 73 FIFA Ranking dan China merupakan salah sebuah ‘power house’ bola sepak Asia walaupun tidak layak ke Piala Dunia 2018.

India

Somyot Poompunmuang dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Sportkeeda memberitahu bahawa mereka mempunyai masa yang singkat dari 28 May hingga 5 Jun 2018 untuk melakukan persiapan termasuk mengadakan perlawanan persahabatan selain mempunyai kekangan dari pasukan kelab yang beraksi dalam saingan liga.

Oleh yang demikian mereka telah memilih China sebagai lawan kerana dilihat mempunyai kualiti yang lebih tinggi dari India.

Hero Intercontinental Cup 2018 – India vs New Zealand
Mumbai: India player Sunil Chhetri (Blue jersey no. 11) and New Zealand player Justin Gulley (White jersey no. 13) compete for the ball during the Hero Intercontinental football Cup, in Mumbai on Thursday, June 07, 2018. (PTI Photo/Mitesh Bhuvad)(PTI6_7_2018_000190B)

India selepas itu menjemput 3 pasukan untuk menyertai kejohanan itu – Chinese Taipei, New Zealand dan Kenya.

India telah berjaya muncul juara dalam kejohanan Hero Intercontinental Cup 2018 itu selepas mencatatkan keputusan berikut.

Peringkat kumpulan:

  • Menang keatas Chinese Taipei 5-0
  • Menang keatas Kenya 3-0
  • Tewas 1-2 kepada New Zealand
  • Menang 2-0 keatas Kenya dalam perlawanan akhir.

Sunil Chettri telah menjaringkan 7 dari 11 gol yang dijaringkan oleh India dalam kejohanan Hero Intercontinental Cup 2018 termasuk 1 hat-trick ketika bertemu Chinese Taipei.

India

Semalam, dalam perlawanan ke 2 kumpulan A, India membelasah Thailand 4-1 dan pemain lagenda mereka Sunil Chettri menjaringkan 2 gol. Kemenangan itu adalah sangat bersejarah bagi India kerana ia adalah catatan kemenangan pertama skuad ‘Blue Tiger’ dalam sejarah penyertaan mereka di kejohanan Piala Asia.

Sumber