Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) semalam mengumumkan perlawanan persahabatan yang terbaru bagi menggantikan perlawanan bertemu Panama yang dibatalkan akibat isu COVID-19 di Asia Tenggara.

Berdasarkan kemaskini yang dibuat oleh FAT melalui laman Facebook rasmi mereka semalam, persetujuan dengan pasukan kebangsaan Curacao telah berjaya dicapai dan Thailand akan menjadi tuan rumah perlawanan tersebut yang dijadualkan pada 30 Mac 2020.

Curacao kini merupakan pasukan yang berada dikedudukan ke 80 dunia mengikut FIFA ranking yang baru dikemaskini minggu lalu dan sekiranya Thailand berjaya menang dalam perlawanan itu mereka akan berjaya mengutip sekitar 6.297 mata.

Thailand memerlukan perlawanan persahabatan yang kompetitif bagi mengisi slot kosong kosong ketika pasukan lain dalam kumpulan G beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 selain cuba mencari gandingan yang sesuai serta mengekalkan momentum pasukan.

Thailand akan mempunyai 2 perlawanan terakhir pada bulan Jun 2020 bertemu UAE dan Malaysia dimana berdasarkan kedudukan sekarang, penentuan pasukan mana yang akan layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022 akan dimuktamadkan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Rekod ‘Goal-Ratio’ 96.2% Diogo Luis Santo Dalam Thai League Sukar Digugat, Dilabel Sebagai ‘Superhuman’

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

Ketangkasan Kawin Thamsatchanan Kejutkan Jurulatih Sapporo, Dijangka Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama Pasukan