Pengarah Teknikal skuad bola sepak kebangsaan Thailand, Witthaya Laohakul, memberitahu Bangkok Post bahawa beliau akan melepaskan jawatan tersebut sekiranya Thailand gagal mempertahankan Piala AFF Suzuki 2018.

Kenyataan itu dikeluarkan semasa beliau dan presiden FAT, Somyot Poompunmuang bertemu dengan ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Milovan Rajevac bagi membincangkan perkara-perkara mengenai persiapan pasukan menjelang kejohanan Piala Raja Thai 2018 yang akan berlangsung bulan hadapan.

Kejohanan itu, akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mac 2018 di Stadium Rajamangala, Bangkok bakal menampilkan 3 pasukan lain iaitu Slovakia, Gabon dan United Arab Emirates.

Milovan Rajevac melalui satu kenyataan lain pula memberi tahu bahawa beliau akan memanggil beberapa orang pemain muda dalam skuad Piala Raja Thai 2018 itu nanti.

“Akan ada kejutan. Kita akan lihat beberapa muka baru dalam pasukan ke kejohanan Piala Raja Thai 2018 nanti.”

kawin-thamsatchanan-first-match-with-oh-leuven

Selain itu, Rajevac juga tidak menolak kemungkinana akan memanggil beberapa pemain Thailand yang beraksi di luar negara bagi memperkuatkan pasukan dalam kejohanan itu seperti, Kawi Thamsatchanan (OH Leuven FC), Teerasil Dangda (Sanfrecce Hiroshima), Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe) bagi mempertahankan kejuaraan.

FAT Cadang Guna Skuad Muda Pertahankan Piala AFF Suzuki

Persatuan Bola Sepak Thailand juga memberitahu mereka bercadang untuk menghantar skuad ‘junior’ ke kejohanan Piala AFF Suzuki nanti untuk mempertahankan kejuaraan, namun perkara itu pantas dinafikan oleh Pengarah Teknikal mereka Laohakul Witthaya.

“Kami akan menghantar pasukan senior dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 nanti. Jika kami menghantar pasukan junior dan gagal mempertahankan kejuaraan, ia adalah satu bencana besar kepada bola sepak Thailand.”

“Jika kami menggunakan skuad senior dan masih gagal mempertahankan kejuaraan, saya akan memikul tanggungjawab itu dan sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal.”, jelas Laohakul Witthaya.

Sumber