Skuad Thailand B-23 tahun bercadang untuk memanggil pemain muda mereka yang beraksi di Eropah bagi menghadapi saingan Piala Dubai B-23 Tahun yang akan bermula pada 20 hingga 30 Mac ini.

Antara pemain yang bakal dipanggil bagi memperkuatkan pasukan ialah Thanawat Suengchitthawon (Leicester City B-22), Benjamin Davis (Oxford United B-22), Jonathan Khemdee (Odense BK B-19), Jude Soonsup-Bell (Chelsea B-19) dan Channarong Promsrikaew (Union Adarve B-20).

Thanawat, Davies dan Khemdee masing-masing pernah beraksi bersama skuad muda dan juga pasukan senior dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini. Thanawat dan Khemdee menjadi sebahagian daripada skuad yang beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang menyaksikan Thailand muncul juara.

Davis pula beraksi bersama skuad B-23 tahun dalam saingan AFC B-23 edisi 2020 yang menyaksikan skuad Gajah Perang mara ke peringkat suku akhir dimana mereka tewas kepada Arab Saudi.

Thailand
Sumber Gambar: Changsuek

Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam saingan Piala Dubai B-23 edisi 2022 ialah Thailand, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Arab Saudi, Jepun, Iraq, Qatar dan satu pasukan dari Eropah iaitu Croatia.

Saingan kali ini digunakan oleh pasukan dari Asia sebagai medan untuk menguji pemain menjelang saingan AFC B-23 Tahun 2022 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 19 Jun di Uzbekistan.

Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama pasukan pilihan iaitu Korea Selatan dan dua pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Piala FA Bakal Jadi Mangsa Jika Penularan Wabak COVID-19 Meningkat

Liga Super 18 Pasukan Dan Tiada Liga Premier Mulai 2023, Liga Simpanan Serta Liga B17 Ditubuhkan

TMJ: “Parking Bus” Ok, Tetapi “Time Wasting” Teruk