Akademi bola sepak HAGL-JMG diangkat sebagai sebuah akademi yang menerajui institusi latihan bola sepak di Vietnam dan buktinya generasi yang ada dalam skuad bola sepak kebangsaan Vietnam kini adalah graduate dari HAGL-JMG.

Ketika seluruh Vietnam melihat perkara ini sebagai satu kejayaan besar kepada model pembangunan bola sepak mereka, dan prestasi yang dipamerkan dalam 2 tahun terkini sebagai buktinya, akademi seperti HAGL-JMG ini adalah sesuatu yang normal di Thailand sebenarnya.

Sebagai contoh, di Bangkok sahaja mereka mempunyai sekurang-kurangnya 13 buah akademi bola sepak yang setaraf HAGL-JMG seperti Arsenal Soccer, Can You Kick It, Bangkok Soccer dan Infinito Soccer sebagai contoh.

u19-hagl-ha-dan-anh-u21-viet-nam-sau-loat-sut-penalty-can-nao1-1001
Barisan pemain akademi HAGL-JMG Arsenal satu ketika dahulu yang kini menjadi tunjang skuad kebangsaan Vietnam.

Dengan kewujudan ‘proper’ akademi sebegini menyebabkan ibu bapa ‘pening kepala’ untuk membuat keputusan menghantar anak mereka menyertai akademi kerana ada banyak pilihan yang boleh dibuat.

Keadaan seperti ini telah membuka luas potensi Thailand untuk ‘mendaratkan’ pelaburan dari kelab-kelab eropah yang cuba menerokai peluang disana seperti Arsenal, Atletico Madrid, Leicester City, Everton dan sebagainya untuk bekerjasama membina pusat latihan pemain muda.

Selain fasiliti latihan pemain muda oleh kelab dalam saingan Thai League sendiri, berdasarkan statistik awal menunjukkan terdapat lebih 100 buah fasiliti lain wujud di Thailand.

61005025_2222551814506485_2746534266128039936_n
Infinito Soccer school

Kerajaan Thailand juga turut memainkan peranan mereka dengan meluaskan hubungan serta menggalakkan banyak akademi bola sepak dari Brazil dan Jerman melabur di negara itu.

Dalam tempoh jangka masa pendek, Thailand akan memiliki tenaga kerja dan pemain terlatih yang lebih banyak serta daya saing yang tinggi. Seterusnya tugas mereka adalah untuk menggilap bakat ini untuk terus bersinar dalam dunia bola sepak diperingkat lebih tinggi.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

J.League Sediakan ‘Pinjaman Kecemasan’ Berjumlah RM480 Juta Untuk Semua 58 Buah Kelab

“Secara Peribadi Nguyen Quang Hai Adalah No.1, Tetapi Dalam Bola Sepak Kelas Dunia Dia Adalah Nothing”

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022