Pengurus skuad kebangsaan, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai ‘Madam Pang’ semalam mengumumkan Alexander Mano Polking sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun untuk saingan Sukan SEA di Vietnam.

Bagaimanapun, Polking hanya ditugaskan mengendalikan pasukan itu untuk saingan Sukan SEA sahaja manakala Worrawoot Srimaka kekal sebagai ketua jurulatih skuad Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Uzbekistan bulan Jun nanti.

Madam Pang turut menjelaskan antara sebab Polking dipilih sebagai pengendali skuad Sukan SEA adalah kerana bimbang Worrawoot serta barisan pembantunya gagal melaksanakan tugas dengan baik untuk capai sasaran pingat emas.

Beliau turut menuntut semua kelab dalam Liga Thailand melepaskan tonggak utama bagi menyertai kem latihan pusat lebih awal sebelum menghadapi perlawanan sebenar bermula pada 6 Mei hingga 22 Mei.

“Semua negara di Asia Tenggara mahu menang pingat emas bola sepak Sukan SEA. Walaupun tiada dalam kalendar FIFA, kami tetap mahu menjadi juara.

“Kami tidak boleh menyenaraikan skuad bawah 19 tahun kerana sangat penting untuk memenangi pingat emas Sukan SEA. Sekarang ada nama 50 pemain, prestasi mereka dalam Dubai Cup tidak begitu bagus.

“Prestasi Mano Polking setakat ini memuaskan. Vietnam sanggup hentikan liga domestik semata-mata untuk membuat persiapan rapi buru pingat emas. Oleh itu, kami perlukan khidmat Mano untuk membantu skuad Sukan SEA Thailand,” jelas Madam Pang.

Dalam saingan Dubai Cup, pasukan yang dikendalikan oleh Worrawoot tewas kepada semua perlawanan menentang Qatar (0-1), China (2-4) dan Iraq (1-2).

Thailand akan membuka kempen Sukan SEA menentang Malaysia pada 7 Mei sebelum menentang Singapura pada 9 Mei. Selepas itu mereka diberi rehat sehingga 5 hari sebelum menentang Kemboja dan Laos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Skuad Kawasaki Frontale Termasuk Chanathip Songkrasin Sudah Tiba Di Johor Bahru

Guangzhou FC Hantar Pemain Muda Bawah 22 Tahun Ke Saingan ACL 2022 Di Johor Bahru

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi

Piala Dunia 2022: Jepun Tiada Masalah Dengan Kumpulan E, Sedia Tewaskan Sepanyol Dan Jerman