Berita baik bagi skuad kebangsaan Thailand B-22 tahun apabila salah seorang pemain bintang, Suphanat Mueanta telah pulih daripada kecederaan dan sedia untuk diturunkan dalam saingan AFC B-23 Tahun yang akan bermula pada 8 Januari ini.

Suphanat mengalami kecederaan ketika beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina pada Disember lalu. Kini, penyerang Buriram United itu telah pulih sepenuhnya dan beliau nyata teruja.

Thailand
Sumber Gambar: Foxsport Asia

“Bagus rasanya dapat kembali menyertai pasukan. Saya perlu berlatih dengan lebih keras serta membentuk satu kerjasama yang baik bersama rakan sepasukan bagi meningkatkan lagi kualiti pasukan,” kata Suphanat.

“Kejohanan (AFC B-23) akan menjadi satu saingan yang sukar untuk kami tetapi saya berpendapat kami mempunyai peluang untuk melepasi cabaran peringkat kumpulan.

Thailand
Sumber Gambar: Foxsport Asia

“Lawan kami merupakan pasukan yang kuat namun ini adalah masa terbaik bagi menguji kemampuan sebenar yang dimiliki apabila beraksi menentang pasukan yang lebih besar,” kata Suphanat menurut laporan Foxsport Asia.

Thailand yang merupakan tuan rumah bagi edisi kali ini diundi dalam kumpulan A bersama Iraq, Australia dan Bahrain.

Selain Suphanat, barisan serangan Thailand diisi oleh Supachai Jaided dan Nanthanwat Suankaew.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Thailand Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Saingan AFC B-23

Thailand ‘Bersyukur’ Tersingkir Awal Sukan SEA 2019, Atur Persiapan Rapi Kejohanan AFC U23

Kelab Liga Jepun Berminat Tandatangani Khidmat Pemain Tengah Thailand, Sarach Yooyen