Pasukan B-23 tahun Thailand berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan A kejohanan AFC B-23 Tahun sekaligus mengiringi Australia mara ke peringkat suku akhir.

Pada perlawanan menentang Iraq yang berlangsung di Stadium Rajamangala semalam, Thailand wajib untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata bagi memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir.

Skuad bimbingan Akira Nishino bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ke-6 apabila dihadiahkan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan oleh Jaroensak Wonggorn.

Akan tetapi, Iraq berjaya mengikat kedudukan apabila permainan memasuki separuh masa kedua apabila Mohammed Nassif menjaringkan gol pada minit ke-46.

Iraq mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir permainan namun ketangkasan penjaga gol Thailand, Korraphat Nareechan menafikan peluang yang dimiliki. Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Satu lagi perlawanan yang melibatkan Australia dan Bahrain turut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Ramy Najjarine menjaringkan gol pembukaan pada separuh minit ke-36 sebelum Mohamed Marhoon menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Keputusan seri yang diraih Australia bermakna Thailand menamatkan saingan kumpulan A di tangga kedua sekaligus layak ke peringkat suku akhir.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

Jepun Tersingkir Dari Saingan AFC B-23 Tahun

Thailand Belasah Bahrain Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun

AFC B-23 Tahun: Vietnam Raih Keputusan Seri Kedua Ketika Menentang Jordan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group