Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dilaporkan sedag mengatur perlawanan persahabatan bertemu pasukan di tangga ke 90 FIFA Ranking, Republik Congo pada 10 Oktober 2019 nanti.

Perlawanan persahabatan itu adalah sebagai aktiviti persiapan pasukan Thailand yang akan menerima kunjungan pasukan UAE pada 15 Oktober 2019 untuk perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Mungkin ada yang akan keliru, kerana ada 2 pasukan yang mempunyai nama yang hampir sama iaitu Republik Congo di ranking 90 FIFA dan Republik Demokrasi Congo (DR Congo) dikedudukan 55.

Sementara itu, Thailand akan berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November 2019 sebelum berlepas ke Hanoi untuk bertemu Vietnam 5 hari selepas itu.

Malaysia akan menerima kunjungan pasukan kebangsaan Indonesia pada 19 November 2019 dalam perlawanan ke 5 peringkat kumpulan J.

Artikel lain berkaitan dengan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dalam kumpulan J yang sungguh padu.

FIFA Ranking: Malaysia Naik 1 Tangga, Pintas Indonesia Untuk Berada Di Kedudukan 158 Dunia

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

Matthew Davies Yakin Posisi Pertahanan Kanan Miliknya, Sedia Bertarung Di Gelora Bung Karno