Thailand dan Singapura bertanding sesama sendiri bagi menjadi tuan rumah saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Asean Football di media sosial Twitter dimana sebelum ini terdapat bidaan daripada lima negara antaranya Laos, Kemboja, Filipina, Thailand dan Singapura.

Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) telah menetapkan enam kriteria bagi mana-mana negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah ekoran dunia ketika ini dilanda pandemik COVID-19.

Antara kriteria yang ditetapkan ialah sokongan dari pihak kerajaan, tahap kesihatan dan keselamatan, tahap risiko untuk membatalkan saingan, faedah untuk rakan kongsi dan fasiliti yang bakal digunakan.

Setelah melakukan penilaian, Singapura dan Thailand menjadi dua negara yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan AFF akan melakukan penilaian yang lebih teliti bagi memilih tuan rumah.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan iaitu Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Mano Polking Bakal Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Thailand

Penyerang Tempatan Menyinar Di Liga Premier, Dipandang Rendah Kerana Beraksi Di Divisyen Dua?

Penjaring Terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia Sertai Kelab Divisyen 3 Sepanyol