Seorang pemain muda berusia 17 tahun, Elkan Baggott yang merupakan pemain skuad U18 dan U23 Ipswich Town, kini mula mendapat perhatian serius dari 2 buah negara Asia Tenggara – Thailand dan Indonesia untuk dibawa pulang beraksi dengan skuad masing-masing.

Perebutan diantara kedua-dua buah negara itu untuk ‘claim’ Elkan Baggott yang ada asasnya yang tersendiri. Indonesia ‘claim’ disebabkan Elkan Baggott mempunyai pertalian darah dengan Indonesia dari ibunya yang berkahwin dengan bapanya seorang warga Inggeris.

Manakala, Thailand pula cuba ‘claim’ menggunakan asas dimana Elkan Baggott lahir di Thailand untuk menarik minat pemain pertahanan tengah yang lahir pada 23 Oktober 2002 itu membuat pilihan.

Keluarga Elkan Baggott berpindah ke Indonesia pada 2011 sebelum berhijrah ke England untuk menyertai skuad Ipswich Town.

Dari maklum balas Ipswich Town, pemain itu yang memiliki ketinggian 1.94 meter ketika ini dilaporkan sudah dihubungi oleh PSSI untuk membenarkan beliau menyertai latihan bersama skuad kebangsaan Indonesia selepas selesai isu wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, Ipswich Town masih belum memberikan kata persetujuan kerana Elkan Baggott sedang mengalami kecederaan ketika ini. Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae Young kini sedang giat menyusun kembali skuad Indonesia selepas beliau menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kualiti yang ada ketika ini.

Dalam pada itu, Thailand mahu Elkan Baggott kembali ke tempat lahirnya jika berpeluang, dan mungkin peluang untuk beraksi diperingkat lebih tinggi lebih cerah jika mewakili pasukan itu dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

Kelab Perlu Bayar RM4.3 Juta Jika Mahu Dapatkan Suphanat Mueanta

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group