Skuad Sukan SEA Thailand dalam acara bola sepak gagal mempertahankan kejuaraan mereka dalam edisi kali selepas tersingkir awal diperingkat kumpulan.

Namun pasukan yang dibimbing oleh jurulatih dari Jepun itu merasa sedikit ‘lega’ kerana mereka kini mempunyai baki kira-kira sebulan untuk mempersiapkan pasukan menjelang sepak mula kejohanan AFC U23 2020 yang akan berlangsung di Thailand.

Rata-rata ada penyokong yang kecewa dengan kegagalan skuad bola sepak di Sukan SEA, tetapi persiapan aksi dalam saingan AFC U23 2020 nanti jelas lebih penting dan mereka pantas melupakan perkara tersebut.

3C0B133A-BFF4-4473-9A0A-D2AAD359F431

Thailand selaku tuan rumah berada dalam kumpulan A bersama-sama Iraq, Australia dan Bahrain bakal memulakan kejohanan pada 8 Januari 2020.

Fakta Menarik Bola Sepak Sukan SEA 2019

  1. Pasukan Kemboja layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka.
  2. Acara bola sepak Sukan SEA akan mempunyai juara baru selain Malaysia dan Thailand sejak 1991.
  3. Perlawanan akhir Sukan SEA 2019 buat kali pertama tidak akan menampilkan pasukan Thailand atau Malaysia sejak 1973.
  4. Buat kali pertama dalam sejarah Sukan SEA, tiada pasukan Malaysia atau Thailand diperingkat kalah mati.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thailand Sah Menerima Slot 2+2 Dalam Saingan AFC Champions League 2021, AFC Hantar Surat Pengesahan Rasmi.

Theerathon Bunmathan Diambang Cipta Rekod Sebagai Pemain Thailand Pertama Julang Kejuaraan J1 League

Kelab Liga Jepun Berminat Tandatangani Khidmat Pemain Tengah Thailand, Sarach Yooyen