Pasukan Thailand B-23 tahun memulakan saingan AFC B-23 Tahun dengan langkah kanan apabila membelasah Bahrain dengan keputusan 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala pada Rabu.

Thailand yang turut hadir sebagai kapasiti tuan rumah menurunkan barisan terkuat dalam kesebelasan utama dimana pemain bintang seperti Suphanat Mueanta dan Supachok Sarachat diturunkan.

Skuad bimbingan Akira Nishino itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Suphanat menjaringkan gol seawal minit ke-12.

Bersambung babak kedua, Thailand berjaya menjaringkan empat gol masing-masing menerusi Supachok pada minit ke-47, Suphanat Mueanta pada minit ke-79 serta dua jaringan pantas pemain gantian, Jaroensak Wonggorn pada minit ke-88 dan 90+1.

Kemenangan besar ini sekaligus meletakkan Thailand di puncak kumpulan A selepas perlawanan diantara dua lagi pasukan iaitu Australia menentang Iraq berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Satu lagi wakil Asia Tenggara, Vietnam akan memulakan saingan pada Jumaat ini apabila dijadualkan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand B-23 tahun di sini:

Suphanat Mueanta Mahu Thailand Bermula Dengan Langkah Kanan Dalam Saingan AFC B-23

Thailand Kembali Diperkuatkan Suphanat Mueanta Bagi Hadapi Saingan AFC B-23