Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) hari ini mengumumkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada bulan depan.

Jurulatih baharu pasukan itu, Alexander Polking kali ini memilih barisan terkuat dan kebanyakan pemain mempunyai pengalaman yang luas di pentas antarabangsa untuk mencapai misi menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali ke 6.

Beberapa pemain daripada skuad juara Piala AFF pada tahun 2016 turut tersenarai iaitu Kawin Thamsatchanan, Theerathon Bunmathan, Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, Sarach Yooyen dan Tristan Do.

Dua pemain muda yang berpengkalan dari eropah turut dipilih menyertai pasukan ini iaitu Jonathan Khamdee (Odense BK) dan Thanawat Thungchitthavorn (Leicester City). Kedua-dua pemain ini turut beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia pada bulan lepas.

Manakala dua pemain dari Liga Jepun dan Korea Selatan iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos) akan menyertai kem Thailand pada 6 Disember 2021.

Ini kerana saingan Liga Jepun (J1) akan berakhir pada 4 Disember manakala Liga Korea (K-League 1) berakhir pada 5 Disember. Mereka juga turut terlepas perlawanan pertama kumpulan A menentang Timor Leste.

Selain Timor Lester, skuad kendalian Alexandre Polking itu berada satu kumpulan bersama tuan rumah, Singapura, Filipina dan Myanmar.

Senarai 30 pemain Thailand ke Piala Suzuki AFF 2020:

PENJAGA GOL
1.Siwarak Tedsungnoen (Buriram United)
2. Chatchai Budprom (BG Pathum)
3. Kawin Thamsatchanan (OH Leuven)

PERTAHANAN
1. Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos)
2. Jonathan Khamdee (Odense BK)
3. Narubadin Weerawatnodom (Buriram Utd)
4. Pansa Hemwiboon (Buriram Utd)
5. Tristan Do (Bangkok Utd)
6. Peerapat Notchaiya (Bangkok Utd)
7. Manuel Tom Bihr (Bangkok Utd)
8. Philip Roller (Port FC)
9. Elias Dolah (Port FC)

TENGAH
1. Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo)
2. Thanawat Thungchitthavorn (Leicester City)
3. Supachok Sarachat (Buriram United)
4. Pathimpol Charoenrattanapirom (BG Pathum)
5. Sarach Yooyen (BG Pathum)
6. Thitipan Puangchan (Bangkok Utd)
7. Pokklao Anan (Bangkok Utd)
8. Picha Utra (Muangthong Utd)
9. Kritsada Kaman (Chonburi)
10. Worachit Kanitsrubampen (Chonburi)
11. Phitiwat Sukjitthammakul (Chiangrai Utd)
12. Siwakorn Tiattrakul (Chiangrai Utd)
13. Bodin Phala (Port FC)
14. Pakorn Prempak (Port FC)

PENYERANG
1. Teerasil Dangda (BG Pathum)
2. Adisak Kraisorn (Muangthong Utd)
3. Supachai Jaided (Buriram Utd)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Piala Suzuki AFF 2020: Stadium Nasional Singapura Jadi Gelanggang Aksi Derbi Nusantara, Malaysia-Indonesia

Undian Kelayakan Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada Februari 2022

Al Hilal Adalah Raja Bola Sepak Asia Yang Sebenar

Morocco Belasah Singapura 7-1 Dalam Perlawanan Persahabatan