Saingan liga bola sepak Thailand baru beberapa minggu lalu tamat, namun pihak penganjur liga Thai League sudah mengeluarkan tarikh berkaitan sepak mula dan juga jendela perpindahan pemain musim 2020.

Berdasarkan kemaskini yang dibuat melalui laman web rasmi Thai League, sepak mula bagi semua perlawanan musim 2020 untuk 4 divisyen utama adalah seperti berikut;

  • Thai League 1: Bermula pada 7 Febuari 2019
  • Thai League 2: Bermula pada 7 Febuari 2019
  • Thai League 3: Bermula dari 8 Febuari 2019
  • Thai League 4: Bermula dari 8 Febuari 2019

Setakat ini tarikh bagi setiap perlawanan musim 2020 masih tidak ditetapkan dan akan diumumkan semula selepas ini.

75380429_2456782337774878_7696655804740403200_o

Berkenaan dengan jendela perpindahan pemain pula, pihak Thai League telah menetapkan akan ada 2 kali jendela perpindahan seperti tarikh dibawah;

  • Jendela perpindahan 1: Bermula dari 11 November 2019 jam 8 pagi sehingaa 3 Febuari 2020 jam 5 petang.
  • Jendela perpindahan 2: Bermula dari 15 Jun 2020 jam 8 pagi sehingga 12 Julai 2020 jam 5 petang.

Dijangkakan pada musim 2020 nanti Thailand akan menerima tambahan slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League selepas berjaya memintas kedudukan Australia di tempat ke 4 terbaik Asia Timur, seterusnya memiliki slot 2+2 untuk saingan musim 2021 dan 2022.

75456720_10156518527211881_280870481538580480_o

Namun perkara ini juga mungkin akan terdapat perubahan selepas pihak AFC mengumumkan pertambahan slot saingan AFC Champions League nanti.

Bagi saingan musim 2020, juara Thai League 1 iaitu Chiangrai United layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League diikuti oleh Buriram United dan Port FC dalam peringkat kelayakan play-off.

Baca juga artikel menarik lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk rujukan anda.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Thailand Akan Kembali Guna Teknologi VAR Dalam Perlawanan Akhir Piala FA Thai 2019

Sumber