Ketika saingan Liga Bola Sepak Thailand ditangguhkan, pihak Thai League telah melakukan beberapa inisiatif yang menarik untuk sekurang-kurangnya mengekalkan keterujaan peminat bola sepak mereka walaupun terkesan dengan isu wabak COVID-19.

Semalam, pihak media Thai League telah mengeluarkan sebuah video yang memaparkan Top 5 stadium dalam saingan Thai League yang memiliki kualiti padang yang paling baik serta fasiliti yang mencukupi dan mengajak para peminat bola sepak mereka untuk mengunjungi stadium-stadium itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Berikut adalah kedudukan Top 5 stadium di Thailand yang disyorkan oleh Thai League untuk dikunjungi;

  1. Chang Arena – Buriram United.
  2. Ranong Province Stadium – Ranong FC
  3. Mitr Phol Stadium – Ratchaburi Mitrphol FC
  4. Nakhon Pathom Municipal Sport School Stadium – Nakhon Pathom FC
  5. PAT Stadium – Port FC

Saksikan video diatas yang telah dimuat naik oleh Thai League untuk terus memastikan ‘jiwa’ bola sepak di Thailand tidak hilang akibat penangguhan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin

Akibat ‘Banner Fxxk VAR’ SCG Muangthong United Didenda THB50,000 Oleh Thai League

Rekod ‘Goal-Ratio’ 96.2% Diogo Luis Santo Dalam Thai League Sukar Digugat, Dilabel Sebagai ‘Superhuman’