Pengelola Liga Thailand, Thai League mencadangkan agar pasukan bertanding membuat pemotongan gaji pemain dan pegawai pasukan sebanyak 50 peratus.

Saingan Thai League dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dan perkara ini nyata menjejaskan pendapatan liga yang mana 80 peratus daripadanya bergantung kepada hak penyiaran dan penajaan.

Thai League
Sumber Gambar: Thai League

Perkara ini memaksa pasukan yang bertanding untuk melakukan pemotongan gaji bagi memastikan operasi pasukan dapat dijalankan sehingga liga kembali bersambung.

“Kelab perlu mengadakan perbincangan dengan pemain dan jurulatih dimana pemotongan yang perlu dilakukan ialah sebanyak 50 peratus atau separuh daripada gaji,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Somyot Poompunmuang.

Nilai
Sumber Gambar: Police Tero FC

Pemotongan sebanyak 50 peratus ini dilihat lebih tinggi berbanding apa yang dicadangkan kepada pasukan Liga Malaysia bagi menjalankan kaedah pemotongan gaji.

Dikhabarkan pasukan Liga Malaysia hanya akan melakukan pemotongan sebanyak 20 peratus. Namun, masih belum jelas pasukan mana yang akan mengikut jumlah tersebut.

Setakat ini, tiga pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching FA dan UKM FC menyatakan kesediaan mereka untuk memotong gaji pemain dan pegawai.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League di sini:

Top 4 Thai League Pada Bulan Disember 2020 Akan Terima Slot Beraksi Dalam AFC Champions League

RASMI: Thai League Ditunda Sehingga Bulan September 2020 Dan Liga Dijangka Tamat Pada Bulan Mei 2021

Ini Bayaran Yang Diterima Oleh Pengadil Dalam Saingan Thai League, ‘VAR Referee’ Boleh Tahan Tinggi Juga