Pihak Thai League dalam satu kenyataan rasmi kepada kelab-kelab dalam saingan liga negara itu secara rasmi mengumumkan bahawa Video Assistant Referee (VAR) tidak akan digunakan lagi dalam saingan 2020 ini.

Surat tersebut yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter oleh seorang individu, turut menjelaskan bahawa sekiranya mana-mana pasukan berminat untuk menggunakan fasiliti VAR itu dikehendaki membayar sendiri kos operasi bagi setiap perlawanan.

EfmPckoU4AAe_Th

Berdasarkan butiran yang terkandung dalam surat diatas, THB82,000 atau kira-kira RM11,000 perlu dikeluarkan oleh pasukan jika mereka mahukan menggunakan fasiliti atau servis VAR dalam perlawanan pasukan mereka.

Mengikut maklumat, Thai League yang berdepan dengan masalah kewangan yang teruk selain ‘kehilangan’ wang hak penyiaran apabila pihak TrueVision tidak akan menyiarkan perlawanan liga domestik selepas 25 Oktober 2020.

Pembatalan itu juga dilihat sebagai langkah berjimat Thai League dan merek membuka tawaran untuk pasukan menggunakan perkhidmatan VAR sekiranya berminat dan sanggup membayar sendiri kos.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana

Komen Merapu Netizen Malaysia Di Facebook KV Kortrijk Memalukan