Pihak Thai League dalam satu kenyataan rasmi mereka hari ini mengumumkan bahawa 76 buah kelab akan bersaing dalam aksi Thai League 3 musim 2021/2022 nanti.

Menurut kenyataan yang diambil dari laman web rasmi Thai League itu, daripada 76 pasukan yang telah menghantar penyertaan, 5 daripadanya masih perlu menyediakan beberapa dokumen berkaitan perlesenan kelab seperti yang telah ditetapkan.

Kelab Thai Union Samut Sakhon dan Krabi FC ketika ini masih belum memenuhi kriteria kewangan dan kedua-duanya boleh memfailkan rayuan sehingga hari ini.

Manakala Satun United, Baan Khai United dan Chaiyaphum pula perlu menghantar dokumen sokongan kewangan sebelum 20 Julai. Sekiranya gagal memenuhi syarat ini, kelab tidak akan diberikan lesen untuk beraksi dalam saingan Thai League 3.

Thai League 3 Dibahagian Kepada 6 Kumpulan Mengikut Wilayah.

Berdasarkan kepada format yang digunakan sebelum ini, saingan Thai League 3 dilangsungkan mengikut wilayah atau regional di Thailand.

Secara keseluruhannya, ada 6 kumpulan dimana bilangan pasukan bagi setiap kumpulan adalah diantara 11 hingga 14 buah pasukan.

163282503_882002362373598_1142709032244878521_n

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke saingan peringkat kebangsaan. Diperingkat ini, semua pasukan yang layak akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Upper Region dan Lower Region.

Perkara ini adalah bagi memudahkan pengurusan logistik serta menjimatkan kos pasukan-pasukan yang terlibat.

Juara Upper Region akan berdepan Juara Lower region (kedua-duanya layak ke Thai League 2) dan pasukan naib juara setiap kumpulan juga akan berentap mencari 1 lagi slot ke Thai League 2.

Ini adalah struktur liga divisyen 3 Thailand secara ringkas dan jika diperhatikan ia sebenarnya mirip format Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang pernah kita ada beberapa tahun yang lalu.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam ‘FIFA Century Club’, Soh Chin Ann Bakal Menerajui Senarai Jika Diluluskan

Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?