Beberapa minggu lalu, pihak Thai League dikatakan sudah mencapai persetujuan untuk memansuhkan saingan liga divisyen 3 dan divisyen 4 negara itu untuk memberikan laluan kepada hanya 1 liga gabungan dari 2 divisyen tersebut.

Liga yang masih belum mempunyai nama rasmi itu akan mempunyai 6 zon diseluruh Thailand dan 2 pasukan terbaik dari setiap zon akan bersaing merebut 3 slot untuk melayakkan diri ke Thai League 2 musim berikutnya.

Walau bagaimana pun, mengikut laporan dari SMM Sport, keputusan rasmi mengenai perkara itu akan diumumkan pada minggu hadapan selepas perbincangan lebih lanjut diadakan.

Saingan Thai League 3 dan Thai League 4 hanya sempat dilangsungkan kira-kira 2 perlawanan sahaja dan mungkin Thai League akan membatalkan saingan kedua-dua divisyen itu untuk aksi 2020 ini kerana tiada impak besar dilihat mempengaruhi keputusan itu.

Artikel itu juga ada menyebut bahawa setiap zon akan mempunyai 12 hingga 16 pasukan bertanding, dan musim hadapan akan ditambah sehingga setiap zon memiliki 16 pasukan bersaing.

Selain itu, dengan saingan Thai League yang dijadualkan akan bermula pada bulan September, kelab-kelab dalam saingan divisyen 3 dan 4 itu diminta untuk menaiktaraf pelbagai kemudahan dan fasiliti selepas FA Thailand menerima banyak laporan atau aduan mengenai perkara tersebut.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Hanoi FC ‘Buka Harga’ Jualan Doan Van Hau RM7 Juta, Perbincangan Akan Diadakan Pada Minggu Depan

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Adisak Kraisorn Jual Durian Kualiti Premium Secara Online, Jenama ‘Durian by AK9’ Dijual Pada Harga RM120 Sebekas

Sumber