Police Tero FC mencipta kejutan pada perlawanan pertama mereka dalam saingan Thai League 1 musim ini apabila menundukkan bekas juara, Buriram United dengan keputusan 1-0.

Naib juara Thai League 2 musim 2019 itu dijangka menerima tentangan hebat daripada Buriram memandangkan pasukan lawan dibarisi oleh beberapa pemain skuad kebangsaan Thailand.

Namun, perkara sebaliknya berlaku dimana Police tampil lebih dominan dan mereka membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi percubaan Narong Chansawek.

Buriram cuba untuk menyamakan kedudukan namun percubaan mereka kerap kali dinafikan oleh benteng pertahanan Police.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Boonyachinda semalam, pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Dominic Tan turut diturunkan sekaligus membuat penampilan kompetitif pertama bersama kelab pasukan tersebut.

Thai League
Sumber Gambar: Police Tero FC

Dominic dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dimana beliau menggantikan Adisak Srikumpang.

Pada perlawanan Thai League 1 yang seterusnya, Police Tero akan berdepan Trat FC di kandang lawan.

Baca artikel lain mengenai pemain Malaysia dalam saingan Thai League di sini:

BG Pathum United Mulakan Saingan Thai League 1 Dengan Kemenangan

Dominic Tan Sarung Jersi Bernombor 30 Bersama Police Tero

Zafuan Azeman Sarung Jersi Bernombor 9 Bersama Angthong FC