Saingan Thai League 1 yang membuka tirai minggu ini, dengan BG Pathum United mencatatkan rekod kehadiran tertinggi dalam perlawanan pertama musim 2020 seperti dalam artikel yang telah kami terbitkan awal hari ini.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik oleh pihak Thai League, mereka juga telah merekodkan ‘revenue’ yang telah dihasilkan sepanjang berlangsungnya perlawanan tersebut di semua 8 venue.

Jumlah ‘revenue’ ini difahamkan oleh seorang koresponden kami di Thailand, merupakan jumlah jualan tiket serta merchandise pasukan-pasukan dan untuk perlawanan pertama Thai League 1 2020 sahaja, mereka telah merekodkan THB5,499,513 atau RM731,450.

86490875_1306142039774347_8925388507233386496_o

Gambar diatas adalah infografik rasmi yang dihasilkan oleh pihak Thai League untuk setiap perlawanan liga yang berlangsung beserta dengan data-data yang mungkin jika dalam saingan Liga Malaysia dikategorikan sebagai sulit dan persendirian.

Selain itu, Thai League 2 juga turut melakukan perkara yang sama dimana revenue ketika perlawanan pertama semua pasukan direkodkan berjumlah THB2,034,955 atau RM270,695 seperti dibawah.

86671207_1306265233095361_2473731528467677184_o

Info serta data seperti ini sebenarnya akan menjadikan sesebuah liga itu lebih menarik kerana para penyokong akan dapat melihat dengan lebih jelas perkara-perkara ‘diluar padang’ yang mungkin akan menjadi buah mulut mereka selain turut menjadi medium para penaja berpotensi nampak apa yang mereka akan dapat secara kasar.

Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang sangat rumit untuk dihasilkan jika semua pihak memiliki integriti dan ketelusan serta amanah untuk melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan bukan sekadar mahu ‘nampak best’ sahaja.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

BG Pathum United Catat Kehadiran Paling Tinggi Dalam Perlawanan Pertama Thai League 1 Musim 2020

Gaji Lee Nguyen Yang Mencecah RM178,000 Sebulan Buatkan Kelab Liga Vietnam ‘Turn-Off’

JFA Rancang Buka Pejabat Di Eropah Untuk Memberikan Kemudahan Kepada Lebih 50 Pemain Jepun