BG Pathum United meneruskan rentak tanpa kalah dalam saingan Thai League 1 musim ini apabila menewaskan Trat FC dengan keputusan 1-0 sekaligus meraih kemenangan ketiga.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Trat Province semalam, BG mempunyai misi untuk meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Police Tero dengan keputusan 3-0 minggu lalu sekaligus memberikan tekanan terhadap kelompok tiga pasukan teratas liga.

Akan tetapi, BG terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua bagi memecahkan kebuntuan apabila ketua pasukan, Thitipan Puangchan menjaringkan gol pada minit ke-69.

Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bagaimanapun tidak diturunkan pada perlawanan semalam. Beliau tidak disenaraikan dalam skuad 18 pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih BG, Dusit Chalermsan.

Masih belum jelas sama ada Matyo tidak disenaraikan dalam matchday squad kerana mengalami kecederaan ataupun kerana faktor yang lain.

Minggu lalu ketika berdepan Police, Matyo hanya memanaskan bangku simpanan, sama seperti pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dominic Tan.

Baca artikel lain mengenai pasukan BG Pathum United di sini:

BG Pathum Tewaskan Police Tero, Matyo Dan Dominic Hanya Panaskan Bangku Simpanan

BG Pathum United Catat Kehadiran Paling Tinggi Dalam Perlawanan Pertama Thai League 1 Musim 2020

BG Pathum United Mulakan Saingan Thai League 1 Dengan Kemenangan