Police Tero meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Thai League 1 musim ini apabila menewaskan Trat FC dengan keputusan 3-1 semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Trat, Police dalam misi untuk meneruskan rentak kemenangan setelah mengejutkan bekas juara, Buriram United dengan keputusan 1-0, minggu lalu.

Police terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila Jaturong Pimkhun melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti sekaligus memberikan kelebihan awal bagi Police.

Namun, Trat berjaya menyamakan kedudukan dan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seimbang. Memasuki separuh masa kedua, Police meningkatkan lagi asakan dan mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sentuhan bekas penyerang skuad kebangsaan Thailand, Kirati Keawsombat.

Pemain import, Greg Houla kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberikan kemenangan kedua untuk Police dalam saingan Thai League 1 musim ini.

Pemain pertahanan Malaysia, Dominic Tan berada dalam barisan 18 pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih Police, Rangsan Viwatchaichok.

Namun, pemain berusia 23 tahun itu tidak diturunkan dan hanya memanaskan bangku simpanan, berbeza dengan minggu lalu dimana beliau diturunkan pada minit ke-70.

Baca artikel lain mengenai Police Tero FC di sini:

Thai League 1: Police Tero Kejutkan Bekas Juara, Buriram United

Dominic Tan Sarung Jersi Bernombor 30 Bersama Police Tero

Bekas Pemain Import Pahang, Matheus Alves Sertai Police Tero