Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Barcelona berjaya menang ke atas Levante dalam aksi La Liga mereka musim ini. Selepas kemenangan tersebut, Ronald Koeman melaungkan keyakinan bahawa pasukannya akan berpeluang menjuarai La Liga musim ini.

Barcelona menang tipis 1-0 ke atas Levante hasil jaringan Lionel Messi pada minit ke-76.

Messi kini mencatat rekod luar biasa dengan jaringan ke-600 untuk Barcelona. Menjadikan beliau pemain yang menyamai rekod Pele, menjaringkan 600 gol untuk satu kelab.

 

Barcelona kini berada di tangga ke-8 liga dengan 17 mata, beza 9 mata dari Sociedad yang berada di tangga teratas.

Barcelona masih ada dua perlawanan dalam tangan berbanding dengan pendahulu liga.

Koeman berkata: “Tentu saja. Kami mampu menjadi juara La Liga. Jika kami terus meningkatkan prestas dan kami lebih percaya diri – semakin efektif di depan gol.”

“Maka peluang untuk menjadi juara masih terbuka.”

“Masih ada banyak baki perlawanan lagi. Kami tahu situasi di liga. Kami tahu setelah kalah di tangan Cadiz, kami harus menang dan semoga ini menaikkan keyakinan kami.”

Koeman kemudian menghamburkan pujian kepada Lionel Messi yang berjaya menjaringkan gol tunggal kemenangan.

“Anda harus sedar bahawa mereka tidak membuatkan Messi mudah. ​​Lionel Messi dijaga oleh ramai pemain Levante. Tetapi dia menunjukkan dia sangat tajam untuk memberikan menang.”

Baca juga perkembangan lain

Arteta Kutuk Tindakan Xhaka Sebagai Menyusahkan Pasukan

EPL: Penalti Salah Selamatkan Liverpool

La Liga: Kota Madrid Dicat Putih, Atletico Tewas Pertama Kali Musim Ini

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group