Ole Gunnar Solskjaer tidak mampu menyatakan apa apa alasan di atas kekalahan memalukan di tangan Istanbul Basaksehir.

Beliau harus mengakui bahawa Manchester United telah bermain teruk dan melakukan kesalahan pertahanan, yang membawa kepada kekalahan 1-2 kepada Istanbul Basaksehir awal pagi tadi.

Istanbul Basaksehir tidak pernah merasai nikmat kemenangan dalam Liga Juara Juara Eropah.

Mereka mungkin merasakan impian kemenangan itu juga boleh tinggal impian sahaja selepas diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan PSG, RB Leipzig dan juga Manchester United.

Red Devils sepatutnya tidak ada masalah untuk membawa pulang 3 mata dari Istanbul memandangkan mereka menewaskan PSG dan membantai RB Leipzig sebelum ini.

Malangnya, Man United gagal meneruskan rekod cemerlang itu. Dan Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan pertahanan pasukannya yang melepaskan dua gol yang tidak sepatutnya.

Gol pertama adalah daripada kelekaan yang berpunca daripada serangan balas lawan.

Tidak ada seorang pun pemain United berada berdekatan dengan garisan tengah padang yang membolehkan Istanbul Basaksehir melakukan serangan balas dengan gerakan solo Demba Ba.

Demba Ba langsung tidak dikawal dalam kedudukan Istanbul Basaksehir bertahan dengan 9 pemain di zon paling bawah.

“Gol mereka yang pertama, kami bermain di sepakan penjuru pendek dan kami melupakan tentang seorang pemain mereka di depan, itu tidak dapat dimaafkan,” kata Solskjaer.

“Anda tidak akan melihat banyak gol seperti itu pada level ini. Kami tidak cukup bagus. Kami tidak boleh mengakui itu dengan mudah.”

Solskjaer mengakui ianya adalah kesilapan budak sekolah dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pertahanan profesional seperti mereka.

Solskjaer mengakui bertanggungjawab di atas kegagalan itu kerana para pemainnya gagal melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Seterusnya pada gol kedua, Harry Maguire terlalu mudah termakan umpan lawan dan keluar daripada posisi tengah tanpa ada pemain yang mengisinya.

Kesannya Man United mewujudkan pertahanan pelik dengan 3 pemain di satu zon yang sama.

EmARQRoXEAU-Dcr

Ia membuka ruang kepada lawan di suduh bertentangan dan United bolos lagi.

Ole Gunnar Solskjaer mahu para pemainnya bangkit dalam aksi berdepan dengan Everton.

“Bukan mudah untuk positif ketika ini, apabila kamu tewas dengan cara sebegitu. Tetapi kami ada peluang untuk bangkit pada aksi Sabtu ini berdepat Everton.”

Baca juga perkembangan lain

UCL: Real Madrid Catat Kemenangan Sulung, Inter Terus Gagal

UCL: Liverpool Belasah Atalanta, Jota Hatrik!

Alaba ‘Panas’ Dengan Presiden Bayern Yang Memburukkan Imejnya Secara Terbuka