Kelab Denmark, FC Midtjylland gagal layak ke saingan UEFA Champions League musim 2021/2022 setelah tewas kepada kelab Eredivisie Belanda, PEV Eindhoven pada aksi kelayakan pusingan ketiga.

PSV Eindhoven muncul sebagai pemenang apabila menewaskan Midtjylland dengan keputusan 4-0 secara agregat sekaligus melayakkan diri ke saingan UCL manakala Midtjylland akan beraksi dalam saingan UEFA Europa League.

Midtjylland tewas dengan keputusan 3-0 pada aksi pertama dan kemudiannya tunduk dengan keputusan 1-0 pada aksi kedua yang berlangsung di laman sendiri awal pagi tadi.

Pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan yang berlangsung di MCH Arena dan beliau beraksi sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pada aksi kelayakan pusingan kedua, Midtjylland berjaya menewaskan kelab Scotland, Celtic dengan keputusan 3-2 secara agregat sekaligus mara ke pusingan ketiga.

Namun, Midtjylland gagal untuk mengulangi pencapaian musim lalu dan terpaksa beraksi dalam saingan UEFA Europa League musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Pasca Messi: Barcelona Berdepan Kesukaran Dapatkan Tajaan Lebih Besar Termasuk Dari Nike & Rakuten

Messi Sertai PSG Kerana Visi Kelab Sesuai Cita Citanya

TERKINI: Messi Setuju Sertai PSG, Gaji RM2.86 Juta Seminggu