Pengendali skuad Tambadau, Kurniawan Dwi Yulianto telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam pasukannya selepas tewa 1-3 kepada kelab gergasi Indonesia, Persebaya Surabaya dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

Penyerang import skuad itu, Hector Ramos menjaringkan gol pembukaaan pada minit ke 6 namun Persebaya kembali bangkit menjaringkan tiga gol melalui David Silva pada minit ke 8 dan 40 sebelum Irfan Jaya menambah derita di minit akhir perlawanan.

Perlawanan itu juga adalah sebahagian daripada persiapan awal Sabah sebelum menghadapi Kejohanan jemputan Piala Gabenor Jatim 2020 yang bermula pada hari ini.

“Kami memang mencari perlawanan yang berkualiti untuk menguji pemain dan ini yang kami dapat walaupun kalah. Persebaya merupakan naib juara Liga Indonesia 1 musim lepas dan pemain import mereka semua mempunyai kualiti yang bagus.

“Kami dapat gol awal dalam perlawanan itu dan berjaya menguasai permainan dalam 35 minit pertama tetapi selepas itu, pemain lawan bangkit,” kata Kurniawan dipetik dalam The Star.

IMG-20200206-WA0003-735×400
Skuad Sabah tiba di Indonesia semalam. FOTO: BeritaSabah.com

Lebih 50,000 penyokong Persebaya membanjiri Stadium Gelora Bung Tomo dan ia merupakan ujian mental yang terbaik untuk pemain Sabah membiasakan diri beraksi dihadapan penyokong fanatik.

“Penyokong Persebaya telah memberikan bayangan kepada kami apa yang akan berlaku dalam Liga Super. Perlawanan pertama kami bertemu PDRM FA pada 1 Mac di tempat lawan,” tambahnya.

Dalam kejohanan jemputan itu nanti, Sabah akan bersaing dalam kumpulan B bersama pasukan tuan rumah, Arema FC selain dua lagi kelab dari Indonesia iaitu Persela Lamongan dan Persija Jakarta.

Sementara itu dalam kumpulan A, tuan rumah, Madura United akan bersaing dengan tiga pasukan lain iaitu, Persebaya Surabaya, Persik Kediri serta Bhayangkara FC.

Skuad Tambadau dijadualkan bertemu Arema FC pada hari esok di Stadium Kanjuruhan.

“Kami perlu lebih berhati-hati apabila membuat hantaran bola. Dalam bola sepak moden, anda tidak boleh kehilangan bola disebabkan oleh kesilapan yang mudah. Kami perlu perbaiki ini dan mungkin pemain saya terlalu gugup berdepan Persebaya.

“Saya harap pemain dapat mempamerkan aksi yang lebih terbaik berdepan Arema. Saya tidak fikirkan sangat pasal keputusan tetapi mahu mencari kombinasi yang terbaik dan melihat mereka meningkat sebagai satu pasukan,” jelas Kurniawan.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan skuad Sabah melalui pautan dibawah.

Sabah Raih Kemenangan Pertama Dalam Jelajah Pra Musim Di Filipina

Liga Malaysia 2020: Tonggak Tengah Skuad Kebangsaan Namibia Sertai Sabah

Sabah Berminat Dapatkan Khidmat Irfan Bachdim

Sumber