Nota: Artikel ini telah diolah kembali dari artikel asal yang dikeluarkan oleh Football Tribe Asia dan telah mendapat kebenaran dari Gian Chansrichawla and Obb Deewajin.

Ketua jurulatih pasukan Samut Prakan City FC dalam saingan Thai League 1, Tetsuya Murayama dalam satu temubual telah mendedahkan rahsia penting berkenaan bola sepak Thailand berbanding Jepun ketika ini.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun bergelumang dengan bola sepak di Jepun itu, memberitahu bahawa pengalaman pertama beliau berkaitan bola sepak Thailand adalah ketika bersama Teerasil Dangda di Sanfrecce Hiroshima musim 2018.

68657757_2332057540402125_3435561047493181440_o

Sejak dari itu, Tetsuya Murayama mula menonton bola sepak Thailand serta mendalami gaya permainan pasukan dalam saingan Thai League dan ini adalah sebab utama mengapa beliau tertarik dengan bola sepak Thailand.

Perbezaan Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Dengan bertambahnya bilangan pemain yang tertarik untuk beraksi dalam saingan JLeague, perbezaan kualiti diantara 2 liga ini menjadi topik perbualan hangat peminat bola sepak tempatan.

Menurut Tetsuya Murayama, perbezaan yang paling ketara adalah dari segi kualiti, dimana J.League jelas lebih baik berbanding Thailand serta mempunyai lebih ramai pemain profesional. Ketika ini Jepun mempunyai 889,959 pemain yang aktif bermain bola sepak di pelbagai lapisan.

68553335_2332058513735361_1168899551747112960_o

Selain itu, Tetsuya Murayama juga mendedahkan bahawa pemain-pemain dalam saingan J.League kelebihan dari segi tactical awareness dan mungkin 2 atau 3 langkah lebih maju berbanding pemain Thailand.

Sikap Pemain Dan Pemahaman Taktikal

Tetsuya Murayama seterusnya menyatakan wujud perbezaan ketara dari segi sikap dan juga pemahaman taktikal pemain diantara kedua-dua buah negara.

Menjelaskan mengenai perbezaan sikap, beliau menceritakan pengalamannya ketika melatih Teerasil Dangda di Sanfrecce Hiroshima, dimana Teerasil mengalami culture shock diawal ketibaannya disana.

MTE1OTU=

Menurutnya lagi, kebiasaanya pemain Jepun akan tiba di padang latihan sejam lebih awal dari waktu sebenar latihan bermula bagi melakukan stretching serta rutin pre warm-up mereka sendiri.

Jadi, jika sesi latihan bermula pada jam 4 petang semua pemain telah pun bersedia untuk menerima arahan dari jurulatih tanpa membuang masa bagi melakukan perkara asas. Ini adalah kejutan bagi Teerasil Dangda dan merupakan sesuatu yang baru baginya.

Dari segi taktikal pula, Tetsuya Murayama menjelaskan bahawa dalam saingan J.League dapat dilihat dengan jelas corak permainan menyerang dan juga bertahan. Di Thailand juga begitu, tetapi struktur tersebut hanya mampu bertahan secara purata selama 60 minit permainan sahaja. Selepas itu, segalanya huru-hara!

67726888_2322552141352665_356675640700698624_o

Dari pemerhatian beliau, pemain Thailand tidak mampu mengekalkan intensiti untuk tempoh 90 minit permainan kerana mereka tidak diajar bermain dalam satu sistem.

“Berdasarkan pengalaman saya, pemain dibawah umur 12 tahun perlu diberikan kebebasan bermain dan menunjukkan gaya permainan mereka. Selepas mereka berumur 13 tahun, ini adalah masa dimana kita perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan dan mengajar mereka struktur pemainan secara keseluruhannya. ”

“Ini adalah diantara cara yang akan membantu pembangunan mereka untuk menjadi pemain profesional sepenuhnya.”

67399660_2320510254890187_3687267773378985984_o

Dari segi bakat individu pula, Tetsuya Murayama memberitahu tahu bahawa tiada perbezaan ketara diantara pemain dalam J.League dan Thailand.

Semuanya terletak kepada kita, bagaimana untuk mengadaptasikan kebolehan individu yang bagus itu kedalam struktur/sistem pasukan. Jika kita boleh menyesuaikan individu tersebut dalam pasukan, pemain dari Thailand boleh maju dan beraksi dalam J.League.

4 Sebab Mengapa Cerezo Osaka Adalah Pilihan Yang Bijak Untuk Luqman Hakim

2 Lagi Pemain Thailand Sah Akan Bersama Kelab JLeague Musim 2019

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group