Semalam bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Pahang, R. Gopinathan disahkan telah memeluk agama islam setelah melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang.

Pemain sayap yang berusia 30 tahun itu akan menggunakan nama baharunya iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra. Gopi turut mendedahkan hatinya terbuka untuk mendalami agama Islam setelah tertarik dengan kelakuan rakan sepasukannya menunaikan solat dan menjalani ibadah puasa.

“Sudah lama saya tertarik dengan Islam apabila sering melihat rakan solat dan menjalani kehidupan sebagai muslim. Kira-kira dua tahun saya memendam hasrat untuk memeluk Islam sebelum hari ini hati saya terbuka mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi.

“Saya ditemani ibu saudara hari ini dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” katanya dalam Arena Metro.

gopi
Gopinathan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai agama semalam.

Beliau menjelaskan hasratnya untuk menukar agama telah mendapat restu daripada pihak keluarga kerana terdapat saudara maranya yang turut memeluk islam. Gopi juga dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu islam dalam masa terdekat.

“Sebelum ini ada tiga empat saudara terdekat saya memeluk Islam, saya banyak perhatikan cara kehidupan mereka selain melihat rakan Islam lain. Apabila melihat mereka solat dan menjalani ibadah membuatkan saya tertarik,” katanya.

Musim ini, Gopi beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad skuad Harimau Selatan pada tahun 2017.

Namun, belum dapat dipastikan kemanakah hala tuju beliau pada musim depan. Gopi turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya yang mungkin anda terlepas pandang. 

Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Malaysia Dan Vietnam

Syafiq Ahmad: Malaysia Sekarang Berbeza Berbanding Dahulu

Steve Darby: Vietnam Terlalu Kuat Untuk Malaysia, Brendan Gan Dan Mat Yo Perlu Diberi Perhatian Serius

Sumber