Jose Mourinho telah mengkritik sikap para pemain Tottenham di dalam kekalahan mengejut 3-0 di tempat lawan di tangan Dinamo Zagreb. Membuatkan mereka tersingkir meskipun menang 2-0 pada perlawanan pertama.

Ternyata kelebihan 2 gol yang mereka bawa sebelum ini hasil dua gol oleh Kane telah dipersiakan. Mislav Orsic menjaringkan hatrik yang memukau untuk membantu pasukannya menyingkirkan Spurs.

Keputusan ini menyaksikan Spurs menjadi pasukan Inggeris pertama tersingkir dari pertandingan Eropah selepas membawa bekalan 2 gol daripada perlawanan pertama selepas Manchester City pada 2016/17, ketika mereka disingkirkan AS Monaco dalam saingan UCL.

Ini juga kali ketiga Mourinho tewas dengan beza 3 gol di pentas Eropah, dengan dua daripadanya adalah bersama Spurs. Dan satu adalah ketika mengendalikan Real Madrid pada 2013, tewas di tangan skuad Dortmund yang dibimbing Jurgen Klopp ketika itu.

Mourinho berkata dia sedih dengan kekalahan, namun lebih sedih memikirkan soal sikap pemainnya. Di mana mereka sambil lewa di atas padang.

“Pada masa ekstra, hanya ada satu pasukan yang memberikan segalanya atas padang. Mereka [Dinamo] memberikan keringat, tenaga, darah. Pada akhirnya mereka mendapat air mata kebahagiaan. Mereka sangat rendah hati dan komited. Saya harus memuji mereka.”

“Di pihak lain, pasukan saya. Saya ulangi, pasukan saya. Mereka tidak kelihatan seperti bermain dalam perlawanan penting. Sekiranya ini tidak penting bagi salah seorang daripada mereka [pemain Spurs], berbeza bagi saya, kerana ini adalah perlawanan penting untuk saya.”

“Untuk segala rasa hormat yang saya dapat sepanjang karier dan pekerjaan saya, setiap perlawanan adalah penting, pemain saya tidak menghormati kerjaya mereka sendiri . Untuk setiap peminat Tottenham di rumah, setiap perlawanan penting. Sikap yang berbeza diperlukan.”

“Untuk mengatakan saya merasa sedih sahaja adalah tidak cukup. Apa yang saya rasakan lebih dari sekadar kesedihan. Saya baru sahaja meninggalkan bilik persalinan Dinamo di mana saya pergi untuk memuji pasukan orang lain.”

“Dan saya merasa kasihan pasukan saya, bukan pasukan yang memenangi perlawanan kerana sikap dan berkompromi atas padang. Saya merasa lebih sedih daripada itu.”

“Bola sepak bukan hanya mengenai pemain yang menganggap mereka lebih berkualiti daripada yang lain. Asas bola sepak adalah sikap. Mereka mengalahkan kita dalam hal itu.”

“Saya memberitahu para pemain risiko bermain seperti kita. Itu berlaku kerana saya percaya pemain hanya menyedari bahawa ia berisiko ketika lawan mencetak gol kedua.”