Seorang pemilik perkhidmatan rekaan grafik untuk sebuah kelab bola sepak terkenal di Filipina, Global FC sudah mendedahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu gagal menjelaskan bayaran keatas rekaan grafik yang telah disiapkan.

Mengikut pendedahan yang dibuat oleh Sayagraphics pada hari Ahad yang lalu, pemilik perkhidmatan rekaan grafik itu, kelab Global FC telah gagal untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan itu sejak dari bulan Januari lagi dan sehingga kini sudah hampir 7 bulan tertunggak.

Menurut Saya, ketika awal musim 2020 Global FC telah menghubunginya untuk menghasilkan beberapa rekaan grafik apabila kelab itu menandatangani 3 orang pemain baru iaitu John Cofie, Jose Villareal dan Ryo Fujii.

Berdasarkan perbualan dalam gambar diatas, Global FC berhutang sebanyak PHP4,000 atau sekitar RM345 dan bayaran itu tertangguh selama 7 bulan!

Perkara jika diperhatikan secara lebih dekat, sebenarnya turut juga berlaku kepada ramai pereka grafik tempatan di Malaysia yang sering ‘diperalatkan’ oleh pihak pengurusan atau orang tengah untuk mendapatkan perkhidmatan rekaan grafik.

Seperti yang dikatakan oleh Saya dalam kemaskini laman Facebooknya, semua pihak perlu menghormati kerja yang telah dibuat kerana beliau menggunakan hasil kerja sambilan itu untuk membayar yuran pengajiannya.

Selain itu, adalah tidak masuk akal sebuah kelab yang mampu untuk mengambil pemain-pemain dari luar negara beraksi, tetapi ‘kedekut’ untuk bayar hasil kerja anak tempatan dinegara sendiri.

Mungkin jumlah itu kelihatan kecil, tetapi besar bagi orang yang memerlukannya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi

Ini Reaksi Netizen Indonesia Yang ‘Kaget’ Melihat Susuk Fizikal Pemain Skuad Malaysia B19 Yang ‘Gede Gede’