Zinedine Zidane dilaporkan berhasrat meletakkan jawatannya sebagai pengurus Real Madrid berkuat kuasa serta merta.

Berita itu pastinya sangat mengejutkan kerana Zidane sebelum ini dilaporkan sudah merancang untuk musim baharu, Ini termasuk usahanya mahu mendapatkan bintang seperti Kylian Mbappe.

Koresponden The Guardian, Fabrizio Romano melaporkan bahawa Zidane sudah memberitahu beberapa pegawai Real Madrid dan para pemain bahawa beliau 100% akan meninggalkan Real Madrid.

Zidane mahu bertemu dengan Florentino Perez untuk membincangkan perkara tersebut. Perez dijangka akan mengumumkan tentang keputusan kelab atas perletakan jawatan tersebut sebaik sahaja selepas bertemu dengan Zidane.

Zidane sebelum ini pernah melepaskan jawatannya di Real Madrid walaupun sudah memberikan 3 kejuaraan UCL kepada Real sebagai pengurus.

Namun beliau kembali semula atas pujukan Perez. Kepulangan semula Zidane ke Real Madrid telah berjaya menjuarai La Liga yang sebelum ini sudah lama tidak dijulang oleh kelab.

Zidane mahu meletak jawatan sebagai rasa tanggungjawab ke atas kegagalan kempen mereka musim ini dalam La Liga dan juga Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga artikel

RASMI: Conte Lepaskan Jawatan, Lukaku Sebak Dan Berterima Kasih

UEL: Penalti De Gea Tak Masuk, Unai Emery Cipta Sejarah Unggul Bersama Villarreal

TERKINI: UEFA Ancam Singkirkan Real Madrid, Juve & Barca Dari UCL Jika Terus Berkeras Dengan ESL