ZamSaham bakal diperkenalkan secara rasmi sebagai pemilik pasukan Kelantan FC esok, selepas perbincangan akhir yang berjaya mencapai persetujuan.

Berdasarkan maklumat yang dikemaskini oleh Ahmad Muzakkir Hamid dilaman Facebook beliau, memberikan pengesahan bahawa Norizam Tukiman merupakan ‘owner’ kepada syarikat yang akan mengendalikan operasi kelab Kelantan FC.

Majlis rasmi tersebut bakal diadakan di Kota Bharu esok dan jemputan media telah dihantar untuk membuat liputan mengenai pasukan yang pernah memenangi treble suatu ketika dahulu.

TRW Sdn Bhd akan secara rasmi menjadi milik Norizam Tukiman dan beliau membuktikan bahawa perkara itu bukan ‘sembang kosong’ untuk menaikkan rating, tetapi beliau benar-benar minat untuk masuk kedalam industri bola sepak ini.

Mengikut maklumat lain, majlis yang akan diadakan esok juga bakal menjadi satu acara pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

KAFA Adakan Mesyuarat Tergempar, ZamSaham Terbang Ke Kota Bharu Pagi Ini Muktamadkan ‘Deal’?

Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya