Beberapa media termasuk Fabrizio Romano pada Isnin melaporkan bahawa Xabi Alonso akan menjadi pengurus baharu Borussia Mochengladbach menggantikan Marco Rose yang akan ke Borussia Dortmund. Tetapi Kicker melaporkan bahawa berita itu tidak sahih.

Pencarian pengurus baharu di Mochengladbach masih diteruskan dan tidak ada perlantikan rasmi dibuat.

Kicker dalam laporannya menyebut bahawa Alonso bukan calon utama dikehendaki Gladbach. Namun tetap merasakan bahawa status bintang global yang ada pada Alonso antara perkara yang menarik untuk dipertimbangkan oleh kelab.

Alonso pernah berguru dengan beberapa pengurus ternama dalam kariernya termasuk Rafa Benitez, Jose Mourinho dan juga Pep Guardiola.

Alonso turut digelar antara pelapis yang memiliki masa depan cerah dalam dunia pengurusan selepas prestasi cemerlangnya dengan pasukan kedua Real Sociedad.

Selain itu Alonso juga menepati ciri ciri yang dikehendaki Pengarah Sukan Gladbach, Max Eberl yang turut mahukan pengurus yang boleh berbahasa Jerman sebagai antara kelebihan.

Malangnya, Kicker tetap percaya bahawa Xabi Alonso bukan calon utama untuk Gladbach ketika ini.

Malah kelab itu kini sedang dalam proses akhir untuk melantik pengurus baharu. Eberl sebelum ini memberitahu, mereka melakukannya dengan perlahan dan teliti namun penuh dengan cabaran.

Buat masa ini, tiada nama Xabi Alonso dalam senarai tertinggi Gladbach.

Namun adakah benar Xabi Alonso bukan pengurus baharu Gladbach? Segalanya akan benar benar terjawab selepas perlantikan pengurus baharu dibuat secara rasmi.

Baca juga artikel lain

Kagum Dengan Kredibiliti Odegaard, Arteta Mahu Pemain Itu Secara Tetap

Dah Tak Gaduh Dah, Ini Sebab Zlatan Menangis Melapor Diri Semula Di Kem Sweden

Piala FA: Leicester Singkir United, Fred Buat Kesilapan Ngeri