Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak MFL telah mengeluarkan arahan supaya Stadium Shah Alam tidak digunakan oleh pasukan Selangor dalam saingan CIMB Liga Super 2020 kerana faktor keselamatan, dimana kerosakan bumbung yang serius akan mengancam keselamatan penonton yang hadir.

Video diatas telah dirakamkan oleh TalkedAbout semalam, dan dengan jelas memaparkan kerosakan yang berlaku pada bumbung Stadium Shah Alam.

Mungkin ramai yang sebelum ini tidak nampak dengan jelas bagaimana isu bumbung ini begitu serius dari segi keselamatan dan diharapkan dengan pendedahan ini mampu untuk memberikan satu perspektif atau gambaran lebih dekat berkenaan isu ini.

Nota: Berkemungkinan juga kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan namun, kami tidak mendapat pengesahan mengenai perkara ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Penyokong Terengganu ‘Panas Kepala’ Dengan Tindakan Pengurusan Pasukan, Apa Logik Mohon Penangguhan?

Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan

Sumber