Koresponden Sky Sports, Kaveh Solhekol mengesahkan bahawa Tottenham Hotspur sedang berunding untuk membawa pulang bekas pengurus mereka Mauricio Pochettino.

Pengurus dari Argentina itu meninggalkan kelab London itu pada 18 bulan lalu dan kemudian menyertai PSG pada pertengahan musim ini.

Pochettino memenangi dua piala domestik di Perancis namun gagal untuk memenangi Ligue 1 dan tersingkir di tangan Manchester City dalam aksi Liga Juara Juara Eropah – di peringkat suku akhir.

Walaubagaimanapun, PSG ternyata tidak semudah yang disangka oleh Pochettino. Isu politik dalaman kelab ternyata membuatkan Pochettino kurang selesa.

Pochettino malah dilaporkan diberikan tekanan bahawa dia akan dipecat jika gagal menjulang Ligue 1 selepas terlepas UCL. Ianya mengejutkan kerana Pochettino hanya mewarisi skuad daripada Thomas Tuchel sebelum ini.

Hati Pochettini masih di Spurs. Kelab yang beliau uruskan selama 5 tahun setengah. Di mana mereka menamatkan liga di kedudukan 3 teratas dalam 3 musim berturut turut dengan 4 kali beraksi dalam Liga Juara Juara Eropah.

Menamatkan kedudukan liga di atas Arsenal buat pertama kali selepas 2 tahun. Dan mereka terus berada di atas Arsenal dalam beberapa musim ini.

Pochettino sebelum ini pernah menyatakan beliau memang membuka pintu hatinya untuk kembali ke Spurs pada suatu masa nanti jika ada kesempatan. Kerana menurutnya masih ada urusan yang belum selesai di sana.

Selain itu, anaknya, Maurizio kini berada di Watford bermain untuk Hertforshire dalam Liga Kejuaraan musim ini. Sudah pastinya beliau mahu dekat dengan anaknya jika boleh.

Jadi, Spurs yang kini tidak ada pengurus selepas memutuskan untuk tidak melantik Ryan Mason secara tetap merasakan ini adalah peluang untuk mereka membawa pulang Pochettino.

Pochettino dijangka akan kembali ke UK selepas musim bola sepak Perancis berakhir secara rasmi. Dan beliau dijangka akan meminta keizinan untuk berunding dengan Spurs.

Selain daripada Pochettino, Spurs juga berminat dengan Erik Ten Hag dan juga dilaporkan turut mempertimbangkan Antonio Conte yang kini ejen bebas.

Baca juga artikel

UEL: Penalti De Gea Tak Masuk, Unai Emery Cipta Sejarah Unggul Bersama Villarreal

TERKINI: Zinedine Zidane Mahu Letak Jawatan Serta Merta

RASMI: Conte Lepaskan Jawatan, Lukaku Sebak Dan Berterima Kasih