Skuad kebangsaan Korea Selatan yang baru sahaja mencatatkan kemenangan keatas Qatar 2-1 dalam perlawanan antarabangsa, kini berdepan dengan kebimbangan serius selepas seorang pemain dan pegawai mereka disahkan positif COVID-19.

Penjaring gol pertama dalam perlawanan bertemu Qatar iaitu Hwang Hee-chan disahkan positif apabila menerima keputusan ujian yang dijalankan selepas perlawanan itu.

Dengan pengesahan itu juga menjadikan secara keseluruhannya 10 individu termasuk  pemain dan pegawai pasukan kebangsaan Korea Selatan dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 5 hari dari kes positif pertama dikesan!

Minggu lepas, 4 orang pemain dan seorang pegawai pasukan diuji positif dan ujian seterusnya selepas itu turut merekodkan 2 lagi pemain serta seorang pegawai pasukan positif COVID-19.

Pastinya perkara ini mencetuskan kebimbangan dikalangan mereka yang terlibat dalam perlawanan itu terutamanya pemain dan pegawai kedua-dua pasukan yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Selepas Julang AFC Cup 2019, Daniel Gimenez Dikatakan Bakal Membimbing Pasukan Liga Super Di Lembah Kelang

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

2 Jaringan Bekas Penyerang JDT, Alhaji Kamara Bantu Sierra Leone Ikat Nigeria 4-4 Selepas Ketinggalan 4 Gol

Sumber