Masa depan Ole Gunnar Solskjaer bagai telur di hujung tanduk selepas kekalahan memalukan di tangan musuh tradisi Man United iaitu Liverpool.

Liverpool menang 5-0 dalam aksi di Old Trafford. Meneruskan lagi rekod tidak meyakinkan United dalam beberapa perlawanan terakhir liga.

Namun beliau sekuranng kurangnya boleh menghela nafas lega apabila ada pengarah tertinggi kelab dan juga Sir Alex Ferguson menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepadanya.

Sebelum ini pengurusan tertinggi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan masa depan Ole. Dan ada kelompok yang mahu Ole dipecat.

Nama Antonio Conte menjadi calon yang paling hangat dikaitkan dengan Old Trafford. Conte ketika ini tiada kelab. Dan beberapa minggu lalu dilaporkan tidak mahu menyertai Newcastle kerana dia mahu kelab memberikannya kebebasan dalam mengendalikan jual beli pemain.

Man United malah sudah dilaporkan menghubungi Conte walaupun tidak ada tawaran rasmi ataupun rundingan rasmi dibuat.

Namun hasil daripada perbincangan itu dikatakan, Conte sedia untuk mengambil alih tugasan di Old Trafford pada pertengahan musim. Walaupun Conte pernah menyatakan dia tak suka mengambil tugasan di pertengahan jalan.

Tetapi Man United adalah berbeza kerana kelab tersebut ketika ini ada ramai pemain berbakat dan berkualiti.

Fabrizio Romano kemudian melaporkan bahawa beberapa ahli lembaga pengarah tertinggi kelab masih menyokong Ole Gunnar Solskjaer.

Selain itu, pengurus legenda United, Sir Alex Ferguson turut menyatakan sokongan kepada Ole untuk terus mengendalikan Man United.

Mereka mahu Ole menunjukkan kemampuannya pada aksi berdepan Spurs akan datang. Mereka mahu Ole kekal mengendalikan Man United pada perlawanan tersebut.

Berita ini pastinya melegakan Ole Gunnar Solskjaer. Tetapi, itu bukan bermaksud tekanan Ole sudah reda. Sebaliknya tekanan masih kuat.

Dan Antonio Conte dilaporkan bersedia pada bila bila masa untuk mengambil alih tugasan beliau di Old Trafford.

Baca juga artikel

Conte Sedia Terima Lamaran United, Namun BOD Masih Fikir Kewajaran Pecat Ole

Analisis Taktikal: Gegenpressing & Persediaan Klopp Berdepan Sistem ‘Man Marking’ Ole

Ajax Tunaikan Janji Balas Dendam Dengan Menang 5-0 Ke Atas PSV