Manchester United dilaporkan dalam fasa akhir untuk memuktamadkan perjanjian dengan Raphael Varane, selepas mencapai persetujuan dengan Jadon Sancho.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun itu masih ada baki kontrak sehingga 2022. Dan musim lalu Varane tidak berminat untuk melanjutkan kontrak beliau.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini sudah memberitahu Ed Woodward bahawa beliau mahukan pemain berkelas dunia digandingkan dengan Harry Maguire.

Maguire masih belum ada gandingan yang benar benar stabil dalam beberapa musim ini.

Dengan Madrid yang cuba mencari dana tambahan ketika pasukan mereka bergelut dengan hutang dan juga kos renovasi stadium, Varane diletakkan dalam senarai untuk dijual.

ESPN melaporkan bahawa, Man United sedang melakukan beberapa siri perbincangan tentang Varane. Namun tidak ada garis masa untuk menggambarkan berapa dekat perkara itu daripada muktamad.

Real Madrid meletakkan tanda harga sekitar €70 juta. Dan Man United merasakan ianya terlalu tinggi untuk pemain yang masih ada baki kontrak cuma setahun.

Varane menjadi nadi penting Real Madrid dalam menempa kejayaan mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Namun Madrid terpaksa menjual pemain yang tidak memberikan komitmen kepada kontrak baharu untuk menambah dana perpindahan pemain untuk digunakan Ancelotti membina semula pasukan.

Real Madrid juga dikatakan mungkin akan terus menggunakan wang Varane untuk membeli Pau Torres yang ada klausa pelepasan €65 juta.

Pau Torres sedang berada di kem Sepanyol untuk Euro 2020.

Pemergian Varane pastinya meninggalkan kesan yang besar selepas Ramos juga tidak akan bersama Real Madrid lagi musim hadapan.

Sergiio ramos

Bukan itu sahaja, Real Madrid juga masih berminat untuk mendapatkan Erling Haaland ataupun Kylian Mbappe.

Baca juga artikel

Fabrizio Romano Sahkan Jadon Sancho Milik Manchester United, Kontrak Sehingga 2026

RASMI: Everton Lantik Benitez, Penyokong Kibar Banner Ugutan Di Kediamannya

PSG Dan Deschamps Punca Mbappe Mulai Bersikap Diva Serta Besar Kepala?