Pengurus Juventus Maurizio Sarri dipecat oleh Juventus, berikutan penyingkiran Old Lady dari UCL di tangan Lyon.

Maurizio Sarri yang hanya bertahan semusim di Juve telah membantu pasukan tersebut menjuarai Serie A kesembilan berturut-turut.

Namun tewas dalam dua final piala domestik serta gagal membawa Liga Juara Juara Eropah ke Turin.

Juventus mengucapkan terima kasih kepada Sarri di atas jasa beliau mengendalikan pasukan tersebut.

Sebelum ini Maurizio Sarri menyertai Juventus dari Chelsea. Selepas tak sehaluan dengan pengurusan tertinggi di Stamford Bridge.

Kini beliau juga mengalami konflik hampir sama di Juventus.

Masa depan Sarri mulai menjadi tanda tanya ketika Juventus keciciran beberapa mata dalam persaingan Serie A.

Beliau dilaporkan diberikan amaran agar tak terlepas Serie A ataupun beliau akan dipecat.

Namun ternyata kejayaan membawa Serie A tak cukup untuk beliau mengekalkan kedudukannya.

Juventus akan mencari pengganti Maurizio Sarri serta merta.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Depay Tunaikan Manifestonya Untuk Singkir Juventus Dengan Panenka

Dua Kesilapan Varane Musnahkan Harapan Bangkit Madrid

AS Roma Dapat Pemilik Baharu Dengan Penjualan RM2.93 Billion, Berakhirnya Era Pallotta