Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Cristiano Ronaldo dilaporkan telah bersetuju dengan syarat peribadi dengan Manchester City menjelang perpindahan yang ditunggu tunggu kembali ke EPL selepas meninggalkan Manchester United.

Ejen Ronaldo Jorge Mendes terbang ke Turin pada hari Khamis ini untuk memastikan kliennya itu keluar dari Juventus. Masa depan Ronaldo menjadi subjek panas sekali lagi selepas beliau dilaporkan meminta Juventus melepaskannya.

Juventus masih mahu mengekalkan Ronaldo. Namun pada masa yang sama memikirkan soal gaji Ronaldo. Di mana mereka akan dapat mengurangkan gaji yang banyak daripada pemergian Ronaldo.

Pada hujung minggu lalu, Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dalam aksi berdepan Udinese. Ini selepas Allgeri mendapat tahu Ronaldo tidak begitu fokus kepada tugasannya di atas padang, kerana masih mahu menyelesaikan isu masa depannya.

Laporan di Itali juga menyebut pemain berusia 36 tahun itu telah memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia ingin bergabung dengan Man City. Beliau turut memberikan bayangan kepada rakan senegaranya yang beraksi di City, Ruben Dias, Joao Cancelo dan Bernardo Silva bahawa beliau akan datang ke sana.

Melihatkan situasi Ronaldo yang mahu keluar, dengan PSG juga dikaitkan dengan pemain itu, Juventus telah menawarkan Ronaldo kepada Man City selepas Harry Kane memutuskan untuk terus kekal di Spurs.

Ronaldo dianggap alternatif yang bagus menggantikan Harry Kane. Juventus juga cuba menawarkan Ronaldo ke PSG, namun kelab Perancis itu menolak untuk menandatanganinya secara pembelian.

Man City masih belum mengemukakan bidaan rasmi. Namun sudah ada perbincangan antara Man City dengan ejen Ronaldo. Pemain itu setuju dengan syarat termasuk gaji dan bonus.

Berita ini pastinya mengecewakan peminat Man United yang menganggap Ronaldo sebagai legenda kelab dan salah seorang terbaik sepanjang zaman.

Ini bukan kali pertama Man City dikaitkan dengan Ronaldo. Pada 2015, City pernah cuba memikat Ronaldo. Namun masa itu pemain itu menyatakan dia tak akan menggadaikan legasi Red Devils yang ada padanya hanya kerana wang.

Sindiran kepada tawaran gaji tinggi oleh City dalam usaha menarik Ronaldo ke Etihad.

Ronaldo berkata: “Anda fikir wang itu akan mengubah fikiran saya pada usia 30 tahun? Saya tidak fikir begitu, saya rasa ini [wang] tidak akan menjadi isu [dalam isu masa depan],” kata Ronaldo.

“Sekiranya anda berbicara tentang wang yang saya booleh dapat, saya boleh pergi ke Qatar, mereka mungkin akan mempunyai lebih banyak wang daripada Manchester City. Ini bukan mengenai wang itu, ini mengenai semangat.”

Baca juga artikel

Amukan Arsenal Di The Hawthorns, Pengurus West Brom Pertahan Pemilihan Pasukannya

RASMI: Kane Tak Jadi Sertai City Dan Fokus Untuk Memenangi Trofi Di Spurs

Bidaan €160 Juta Oleh Real Madrid Untuk Beli Mbappe Ditolak

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group