Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menggesa Red Devils untuk menjualnya pada jendela perpindahan musim panas 2022. Dia sudah menghantar permohonan pindah atau transfer request dari Old Trafford, seperi dilaporkan The Times dan juga David Ornstein.

Ronaldo menyatakan kepada kelab bahawa dia sayangkan Manchester United namun dia perlu memikirkan soal kariernya yang bakal berakhir dalam 3 atau 4 musim lagi. Ronaldo mahu terus bermain di UCL dan memenangi trofi pada baki kariernya.

Cristiano Ronaldo kembali ke Man United dari Juventus pada musim panas 2021 dan menjaringkan 24 gol dalam 39 perlawanan.

Bagaimanapun, United gagal memenangi trofi untuk musim kelima berturut-turut dan terlepas saingan Liga Juara-Juara musim depa. Gagal ke UCL merupakan sebab utama Ronaldo mahu pergi. Di mana Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang masa pertandingan itu.

Dipetik Sky Sports, Cristiano Ronaldo ingin meninggalkan Manchester United pada musim panas ini kerana khuatir Red Devils tidak mampu bersaing merebut trofi besar terutama sekali UCL.

Dia meminta kelab menjualnya jika ada tawaran yang dianggap bagus untuk kelab.

Namun begitu, Man United dikatakan berkeras mahu pemain itu terus kekal bersama mereka untuk musim hadapan. Ini kerana Erik ten Hag sudah meletakkan Ronaldo sebagai salah seorang nadi penting projek revolusinya di Old Trafford.

Ejen Ronaldo sebelum ini cuba menawarkan pemain itu kepada Chelsea, Bayern dan AS Roma. Namun tiada kesepakatan dicapai.

Kini Napoli dikatakan berminat mendapatkan Ronaldo.

Berita ini pastinya sukar diterima peminat Man United. Di mana, dalam jendela perpindahan kali ini mereka sudah terlepas Darwin Nunez, dan terbaru Joan Laporta mengesahkan bahawa Barcelona sudah menamatkan minat untuk berunding dengan United untuk perpindahan De Jong.

United hanya mendapatkan bek kiri muda, Malacia.

Laporta dikatakan dipengaruhi oleh suntikan dana EUR200 juta yang masuk hasil penjualan hak siaran tv mereka baru baru ini. Membuatkan Barcelona mahu membuka rundingan dengan De Jong agar pemain itu kekal dan menerima pengurangan gaji.

De Jong sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia memang mahu kekal di Barcelona. Kelab yang dia sokong dari kecil.