Berita baik buat peminat PUBG yang juga peminat bola sepak terutama sekali Liverpool. Ini kerana permainan mobile popular itu mengumumkan kolaborasi baru dengan kelab Liverpool FC.

Pengumuman kolaborasi tersebut sudah diumumkan menerusi platform media sosial PUBGM.

Ini bukanlah perkara yang asing buat pemain PUBGM. Kerana sebelum ini PUBG sudah menjalinkan kerjasama bersama dengan organisasi, selebriti dan tokoh lain dalam siri permainan mereka. Ini termasuk
Alan Walker, McLaren, The Walking Dead, Blackpink dan lain-lain.

Kolaborasi dengan Liverpool ini akan membolehkan pemain mendapatkan beberapa hadiah termasuk backpack kekal yang akan menjadi milik pemnain dalam acara bermula 12 November akan datang.

Termpampang kata kata keramat You’ll Never Walk Alone pada poster pengumuman kerjasama tersebut.

PUBG dalam kenyataannya berkata: “Kolaborasi Kelab Bola Sepak PUBG MOBILE X Liverpool akan datang tidak lama lagi pada 12 November. Sertai acara kolaborasi dalam permainan pada 12 November untuk mendapatkan beg galas kekal!”

PUBG akan mengemaskini maklumat lanjut tentang kolaborasi dengan Liverpool ini dari masa ke semasa.

Sebelum ini, PUBG Mobile juga mengumumkan kolaborasi dengan Baby Shark, dan acara dalam permainan sedang dijalankan dalam battle royale, menawarkan pemain peluang untuk mendapatkan set Baby Shark kekal bersama beberapa barangan lain.

PUBGM merupakan permainan di telefon pintar yang sangat popular dan berpengaruh di dunia.