PSG kini benar benar serius mempertimbangkan mahu menamatkan kontrak Sergio Ramos. Sebelum ini laporan tersebut dianggap sebagai spekulas tidak berasas dari media.

Namun hari ini koresponden Le Parisien menyatakan bahawa berita tersebut bukan sekadar rekaan. Kerana PSG benar benar menilai opsyen untuk menamatkan kontrak bekas kapten Real Madrid itu.

PSG menganggap bahawa penandatanganan Ramos sebagai satu kesilapan. Di mana pemain itu masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan.

Laporan yang sama menyatakan bahawa PSG masih tidak pasti sama ada pemain itu akan bermain sebarang aksi pada tahun ini.

PSG kelihatan memiliki skuad yang cukup baik ketika ini untuk mengisi ketiadaan Ramos.

Jika perkara itu benar benar berlaku, ianya satu kejutan kepada peminat di seluruh dunia. Ramos sebelum ini gagal mendapatkan kontrak dengan Real Madrid.

Madrid dikatakan tidak mahu membayar gaji yang diminta Ramos kerana terlalu tinggi berdasarkan usia dan juga peak pemain itu.

Ramos kemudian menegaskan bahawa dia sedia untuk menerima gaji lebih rendah. Malangnya ketika dia menyatakan perkara itu, Real Madrid menyatakan bahawa rundingan kontraknya sudah menemui tarikh luput.

Ramos mengakui terkejut kerana dia ingatkan rundingan seperti itu tiada tarikh luput.

Lantas Ramos terus menjadi ejen bebas dan memilih untuk menyertai PSG.

Sejak bersama dengan PSG Ramos menghabiskan masa di pusat fisio. PSG kini menanggung beban gaji pemain yang sangat tinggi.

Dan angka itu akan lebih tinggi jika mereka berjaya memujuk Mbappe kekal. Sudah tentunya pemain itu mahukan kenaikan gaji.

Dengan melepaskan Ramos, ianya akan membuka ruang kepada PSG untuk membawa masuk pemain lain ke dalam pasukan. Terutama sekali bek tengah.

Baca juga artikel

EPL: Man City Tewas Di Tangan Palace Di Etihad

EPL: Brighton Bangkit Dari Ketinggalan 2 Gol Dan Ikat Liverpool Di Anfield

Ole Mengejutkan Ramai, Pilih McTominay Sebagai MOTM