Gianluigi Donnarumma dikaitkan dengan beberapa kelab. Antaranya Juventus dan Barcelona. Dan kini PSG bersedia untuk memenangi perlumbaan memenangi tandatangan pemain tersebut.

Walaupun laporan sebelum ini menyebut Donnarumma hampir pasti menjadi milik Juventus, namun perkembangan rundingan antara Donnarumma dengan Juventus dilihat agak perlahan.

Seterusnya Barcelona mulai mempertimbangkan mahu mendapatkan Donnarumma walaupun mereka sudah ada penjaga gol berkelas dunia Ter Stegen. Barca pada masa yang sama mahu mengekalkan Ter Stegen walaupun berjaya mendapatkan Donnarumma.

Barcelona kini sedang memburu pemain pemain yang percuma dan berkualiti di pasaran perpindahan kerana masalah dana mereka. Barcelona terbeban dengan hutang yang sangat tinggi.

Dalam pada masa yang sama Barcelona berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan gaji Messi yang masih belum menandatangani kontrak baharu. Messi kini merupakan ejen bebas.

Selepas dilaporkan berjaya memintas Barcelona dalam mendapatkan Wijnaldum, kini PSG sedia menewaskan Barca sekali lagi untuk Donnarumma.

Penjaga gol utama PSG sekarang ialah Keylor Navas. Namun sangat sukar untuk kelab seperti PSG menolak peluang untuk mendapatkan pemain seperti Donnarumma apabila ada kesempatan berbuat demikian.

Beliau penjaga gol yang masih muda dan merupakan penjaga gol nombor 1 Itali ketika ini.

PSG juga sedia menawarkan gaji lebih tinggi daripada yang ditawarkan Juventus dan Barcelona.

Mino Raiola sebelum ini menolak tawaran Milan kerana mahukan tawaran minimum €10 juta semusim untuk pemain tersebut.

Namun Juventus dilaporkan hanya menawarkan €8.5 juta semusim. Walaupun Donnarumma sebelum ini dilaporkan setuju, namun kini mereka berubah fikiran.

Fabrizio Romano juga menyatakan bahawa Donnarumma kini menuju ke PSG dan meminta jersi 99 daripada kelab tersebut.

Baca juga artikel

Zidane Tolak Tawaran Dari Kelab Kerana Mahu Jadi Pengganti Deschamps

Deschamps Tembak Mourinho: “Spurs Pun Tak Ada Kelemahan Tapi Tak Menang Piala”

Mourinho: “Saya Yakin England Boleh Juara, Kamu Harus Percaya Juga”