Laporan dari BeIN menyebut bahawa pengurus baharu PSG berminat untuk merekrut Sergio Kun Aguero ke dalam pasukan beliau. PSG musim ini kehilangan Edinson Cavani yang tidak menyambung kontrak.

Dan mereka tidak menandatangani pemain bintang untuk mengisi posisi nombor sembilan.

Dengan kontrak semasa Aguero di Manchester City menuju ke penghujungnya, PSG berusaha untuk mendapatkan pemain Argentina itu untuk digandingkan dengan Kylian Mbappe dan Neymar.

Jika segalanya berjaya dimeterai, maka PSG boleh mendapatkan Aguero secara percuma untuk menyertai mereka musim hadapan.

Sergio Aguero musim ini tidak banyak beraksi kerana dibatasi oleh isu kecederaan. Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah kelab Man City dengan 256 gol.

Musim ini Aguero hanya beraksi 9 kali sahaja. Dan selebihnya dihabiskan di bilik rehabilitasi dan pemulihan.

aguero_city_infortunio_getty

Pochettino sudah pun memulakan tugas di PSG. Dengan meraih 4 mata daripada 2 perlawanan pertama beliau. Pochettino bukannya asing di PSG. Beliau merupakan bekas pemain pasukan Perancis itu.

Dan Pochettino merupakan pengurus yang paling dikehendaki sebaik sahaja beliau dipecat oleh Tottenham Hotspur.

Pochettino dikenali dengan gaya bola sepak menyerang dan bertenaga. Dan kini beliau bersama dengan salah sebuah pasukan yang sangat kaya.

Beliau menggantikan Thomas Tuchel di PSG.

Baca juga perkembangan lain

Piala FA: 2 Gol Masa Ekstra Arsenal Singkirkan Newcastle

Bundesliga: Sancho Dan Haaland Halang Leipzig Ke Puncak

Klopp: Jamie Vardy Cilik Jadi Ancaman Liverpool